Laine

Laine
About Laine's Life

Tuesday 10 July 2012

Negeri-Negeri di Malaysia (Sejarah)

Kulau Lumpur
  • Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pusat Pentadbiran Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kuala Lumpur mempunyai keluasan 243.65 kilometer persegi dan mempunyai 11 kawasan Parlimen iaitu Bandar Tun Razak, Batu, Bukit Bintang, Cheras, Kepong, Lembah Pantai, Segambut, Seputeh, Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.
    Kuala Lumpur dikenali sebagai Bandaraya Bercahaya, Pusat Kesenian Antarabangsa, Pusat Perundangan Kehakiman dan Kebudayaan Islam di Malaysia. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 1,655,100 orang. Kuala Lumpur turut menawarkan destinasi pelancongan yang menarik seperti Taman Burung, Taman Rama-rama, Pasar Seni, Chinatown, Taman Bunga Raya, Istana Negara, Kompleks Budaya Kraf, Taman Tasik, Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara, Masjid Negara, Muzium Negara, Pusat Sains Negara, Kompleks Sukan Negara, Istana Budaya, Zoo Negara, Taman Orkid, Planetarium Negara, Rumah Penghulu Abu Seman, Bangunan Sultan Abdul Samad, Balai Seni Lukis Negara dan Pusat Kraf.

    Labuan
    >Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua di Malaysia. Keluasannya ialah 91.64 km persegi dan mempunyai hanya satu kawasan Parlimen. Ia terletak sekitar 10 km dari Pantai Sabah dan mengambil masa dua setengah jam penerbangan dari Kuala Lumpur dan lima minit perjalanan bot dari Batu Papan. Pulau Labuan telah diisyiharkan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir (Offshore Financial Centre) dan Pelabuhan Bebas Cukai. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah 89,000 orang.
    Labuan turut terkenal dengan pelabuhan yang besar dan dalam dan pesisiran pantai yang berpasir putih dengan air yang jernih sehingga membolehkan pengunjungnya melihat kehidupan karang laut. Menyelam `skuba' merupakan aktiviti pelancongan yang penting di sini. 
    Melaka
    >Negeri yang kedua kecil di Malaysia dengan keluasan tanah sebanyak 1,652 kilometer persegi. Melaka mempunyai 6 Kawasan Parlimen, 28 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 3 Daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Sungai Melaka merupakan sungai yang terpanjang di negeri tersebut. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 769,300 orang.

    Melaka menawaran destinasi pelancongan menarik seperti Pulau Besar, Pulau Upeh, Kota A Famosa, Taman Tema Air A Famosa, Air keroh, Bukit China, Kuil Cheng Hoon Teng, Gereja Christ, Gadek Hot Spring, Makam Hang Jebat, Perigi Hang Li Poh, makam Hang Tuah, Jonker Street, Masjid Kampong Kling, Muzium Maritim, Istana Kesultanan Melaka, Tugu Portugis, Dataran Merdeka Air Keroh, Gereja St. Francis Xavier's, Gereja St Paul's, Kebudayaan Baba dan Nyonya, The Stadhuys, Seri Tanjong Homestay dan Masjid Tanah.

No comments:

Post a Comment